Delivery Information
HARUS : iaitu setiap peniaga (seller) menyediakan Rider persendirian bagi setiap jualan yang dipasarkan pada web codmelaka . Kenyataan ini tertakluk untuk urusan COD sahaja range 3km - 10km✅
*Charge setiap PENGHANTARAN COD adalah bermula RM5.90 iaitu 0.48kg-8.3kg maksima / tertakluk kepada 10 KM ke bawah sahaja.
*Sekiranya urusan melibatkan POSTAGE sila rujuk kepada Seller setelah selesai Checkout belian.
1. Saya/kami mengakui bahawa pentadbir laman web ini dan penjual-penjual produk telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan maklumat yang betul dan illustrasinya mungkin berbeza sedikit daripada imej yang sebenarnya.
2. Saya/kami telah memberikan maklumat yang benar dan mencukupi bagi tujuan penghantaran seperti tarikh penghantaran, kaedah penghantaran, alamat penghantaran atau lokasi ambilan, nombor telefon penerima, anggaran masa penghantaran atau ambilan, dan maklumat lain yang diperlukan.
3. Saya/kami akan mengambil pesanan dalam masa yang telah ditetapkan di lokasi yang telah ditentukan.
Saya/kami akan memastikan bahawa penerima telahpun sedia berada di alamat penghantaran pada masa yang telah ditetapkan.
4. Saya/kami bersetuju bahawa tiada gantian atau pemulangan bayaran bagi sebarang pembatalan.
5. Saya/kami bersetuju bahawa tiada gantian atau pemulangan bayaran bagi kegagalan mengambil pesanan pada masa yang telah ditetapkan atau kegagalan penyerahan yang disebabkan oleh ketiadaan penerima di alamat penghantaran pada masa penghantaran sebagaimana telah ditetapkan.
6. Saya/kami bersetuju untuk membayar jumlah harga keseluruhan termasuk cukai perkhidmatan jualan dan caj penghantaran semasa menerima pesanan sekiranya kaedah pembayaran adalah Tunai Semasa Penyerahan.
7. Dalam hal penjual tidak berupaya membuat penghantaran pada masa yang ditetapkan disebabkan berlakunya keadaan di luar kawalannya, atas penerimaan pemberitahuan daripadanya saya/kami akan membuat keputusan samada membatalkan pesanan dan menerima pemulangan bayaran sepenuhnya atau menerima gantian atau tukaran pesanan.
8. Saya/kami bersetuju bahawa pesanan saya/kami tertakluk kepada ketersediaan produk, oleh itu saya/kami bersetuju untuk menerima pemulangan wang bayaran dengan sepenuhnya bagi ketiadaan penghantaran yang disebabkan oleh ketiadaan stok.
9. Saya/kami bersetuju bahawa pemilik laman web ini dan pentadbirnya tidak dipertanggungjawabkan atas kegagalan penjual dalam melaksanakan tanggungjawabnya.